SILA IKUT PERATURAN SEBELUM POSTING!

(Sila scroll down untuk baca PERATURAN)

Peraturan-peraturan jual/beli. WAJIB dibaca setiap ahli sebelum memulakan urusniaga anda di forum ini.

Forum majalahkereta serta Pengedaran JAS Sdn. Bhd. selaku penaung forum ini tidak akan bertanggungjawab diatas segala urusan jual/beli/tukar barang yang dijalankan disini.

1.Hanya ahli-ahli FRONTLINERS sahaja yg boleh mengiklankan barangan/keperluan mereka disini.  Anda perlulah memperkenalkan diri di ruangan ahli baru  terlebih dahulu.

2.Setiap barangan yg hendak dijual hendaklah diletakkan maklumat lengkap (spesifikasi/gambar-jika ada/status-baru atau secondhand/lokasi barangan/cara penghantaran-pos atau sebagainya). Maklumat asas seperti no telefon penjual, email dan sebagainya WAJIB diletakkan. Jika tiada maklumat tersebut, (no telefon, nama penjual), thread tersebut akan dihapuskan serta merta.

3.Penjual/”thread starter” digalakkan untuk memperbaharui (update) thread masing2 sehari sekali sahaja.

4.Jika terdapat thread yg tidak aktif, sebagai contoh jika ada soalan dikemukakan kepada penjual didalam thread tersebut tidak dijawab setelah lebih daripada 2 minggu, thread tersebut akan dihapuskan. Ini menunjukkan bahawa penjual tidak serius didalam menjalankan perniagaan.

5.Perlu diingatkan bahawa forum ini adalah sebuah media perantara  untuk kita berkenal-kenalan serta merapatkan hubungan sesama kita. Adalah digalakkan supaya urusan jual beli dijalankan secara COD(cash on delivery), Self collect dsb bagi ahli2 yg tinggal berhampiran antara satu sama lain. Bagi yg tinggal berjauhan, dan jika tidak berpeluang bertemu, bolehlah menggunakan pos/kurier sahaja.

6.Aktiviti “test market” tidak dibenarkan sama sekali dijalankan disini. Setiap barangan yg diiklankan untuk dijual/diperlukan hendaklah BENAR-BENAR WUJUD dan memang untuk dijual/diperlukan.

7.Jika ada diantara pembeli/penjual yg merasakan bahawa mereka telah/akan ditipu didalam sesuatu urusniaga, serta-merta laporkan kepada admin/moderator bertugas. Sila laporkan nama(nickname) mereka yg terlibat beserta no telefon/dsb.

8.Barangan-barangan yg mengandungi ALKOHOL (arak), tembakau, dadah (ganja/kokain/heroin dsb) serta barang2 lain yg diHARAMkan oleh undang2 negara MALAYSIA TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI DIIKLANKAN didalam forum ini. Laporan polis akan dibuat serta merta jika didapati ada ahli yg terlibat menjual barang2 tersebut.

9.Sila pastikan barangan yg diiklankan/diperlukan diletakkan didalam topik yg betul. Kepada barangan yg tidak dapat dikategorikan, sila “post”kan didalam topik “barangan-barangan lain”. Anda boleh meminta bantuan admin/moderator bertugas jika ragu-ragu.

10.Jika terdapat lebih daripada satu topik/iklan untuk barangan yg sama, KESEMUA topik/iklan tersebut akan dihapuskan serta merta. Perbuatan mewujudkan banyak-banyak topik bagi satu barangan yg sama adalah tidak adil sama sekali kepada ahli-ahli yg lain.

11.Barangan-barangan yg telah dijual/diperolehi hendaklah dimaklumkan dgn meletakkan tanda “sold/found” pada posting pertama thread tersebut. (Sila “modify” tajuk posting pertama bagi tujuan tersebut).

12.Peraturan-peraturan ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan jika difikirkan perlu pada masa hadapan tanpa sebarang notis.

Sekian

Kord-Moderator